Kebun Warisan's Followers

Sunday, December 23, 2007

>>PENTERNAKAN IKAN KETUTU

Dipetik dari Aquabase :http://aquabase.wordpress.com/category/aquakultur/
Terima Kasih kpd mrazka

Ternakan Ikan Ketutu
September 14, 2007

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.
Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu
Sistem Ternakan
Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti
Ternakan kolam tanah
Tangki fiber glass
Tangki aquarium
Kolam konkrit

Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad
Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.
Antara modul ternakan yang diguna pakai
Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <> 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran
Makanan
Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
Daging ikan yang dipotong-potong



Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.
Bekalan anak benih
1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.
2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.
Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah < 20% membantut usaha penternakan ketutu pada skala besar.
Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.


Dipos oleh mrazka

No comments: